*ANTARA reaksi saudara mara banduan yang menunggu di luar penjara Uribana di Barquisimeto, Venezuela. - Foto AP |
*TENTERA Venezuela mengawal dan membuat halangan jalan yang menghala ke penjara Uribana di Lara. - Foto AFP |
CARACAS, AHAD, 27 Januari, 2013: Angka kematian dalam pertempuran ganas di antara banduan dan pasukan Pengawal Negara dalam penjara Venezuela meningkat kepada 61 orang, kata pengarah hospital.
Kira-kira 120 orang pula mengalami kecederaan ketika pertempuran berdarah dalam sejarah Venezuela.
Menteri Perkhidmatan Penjara, Iris Varela berkata, pegawai mula megeluarkan banduan dari penjara Uribana ke Barquisimeto dan memindahkan mereka ke penjara lain tetapi tidak memberikan jumlah kematian sebenar. - AP
No comments:
Post a Comment