My Add

Saturday 5 January 2013

Dr. M sedih kehilangan Kanang, model orang cintakan negara

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesedihan beliau atas pemergian pahlawan negara, Pegawai Waran 1 (B) Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau.

Beliau menyifatkan mendiang sebagai rakyat Malaysia yang harus dijadikan teladan dan dicontohi atas rasa cintanya kepada negara yang sukar disamakan dengan orang lain.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, katanya, Kanang adalah model paling layak untuk menggambarkan orang yang cintakan negara ini.

"Beliau bersedia mempertahankan negara walaupun mendatangkan bahaya pada dirinya. Diharapkan Kanang akan kekal dalam ingatan semua rakyat Malaysia," katanya.

Kanang, 68, meninggal dunia semalam di Hospital Umum Sarawak kerana serangan jantung.

Mendiang akan diberikan penghormatan negara apabila disemadikan Ahad ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment