My Add

Friday 18 January 2013

Gagal lunas bayaran: Petronas saman Perwaja Steel

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memfailkan saman terhadap Perwaja Steel Sdn. Bhd. kerana kegagalan syarikat pengeluar keluli itu menjelaskan bayaran bagi gas yang dibekalkan ke lojinya di di Kemaman, Terengganu.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) pada 14 Januari, oleh Tetuan Kadir, Andri & Partners, menurut dokumen mahkamah yang diperoleh Bernama hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Petronas menuntut RM146.139 juta sehingga 31 Disember 2012, faedah berjumlah RM10.313 juta sehingga 10 Januari tahun ini selain faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment