My Add

Sunday 13 January 2013

Ilmu Pemuda Pas Terengganu dangkal

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Januari, 2013: Tindakan Dewan Pemuda Pas Terengganu mempersoalkan penggunaan kalimah Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam lagu kebesaran negeri serta logo-logo pasukan keselamatan jelas memperlihatkan tahap keilmuan mereka yang begitu cetek dan dangkal.

Selain itu, Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah turut menegaskan kenyataan itu semata-mata bermotifkan politik.

Ujarnya, jika bersandarkan ilmu, mereka sudah pasti berpendirian seperti mana ulama-ulama Pas sendiri antaranya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang sehingga saat ini begitu konsisten memelihara kesucian kalimah Allah.

''Isu lagu, logo dan lambang sebenarnya berbeza dengan isu tuntutan penggunaan kalimah Allah secara rasmi oleh bukan Islam lebih-lebih lagi mereka begitu bersungguh-sungguh mahukan Bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment