My Add

Sunday 27 January 2013

Lima PATI Indonesia gagal seludup masuk

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU, AHAD, 27 Januari, 2013: Lima pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang tekong warga Indonesia gagal menyeludup masuk ke negara ini selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhampiran Tanjung Ayam, Pengerang hari ini.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Rozali Md. Said berkata, kejadian berlaku pukul 3.05 pagi ketika bot laju pasukan itu yang sedang melakukan rondaan rutin di sekitar kawasan berkenaan mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan.

“Bot pancung yang datang dari arah perairan negara jiran itu bertindak memecut laju apabila dihampiri bot peronda kami.

“Bagaimanapun, selepas 25 minit dikejar tekong bot pancung itu mengalah lalu berhenti dan pemeriksaan lanjut menemui empat lelaki warga Indonesia berusia antara 18 hingga 41 tahun dalam bot itu," katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment