My Add

Friday 4 January 2013

Muhyiddin solat Jumaat di Masjid Al-Mukhlisin, Cheras


*MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras, hari ini. - Foto Effendy Rashid

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai lebih 2,000 jemaah Alam Damai, Cheras menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mukhlisin di sini.

Turut bersolat Jumaat di masjid tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ketika menyampaikan khutbah, Jamil Khir berkata, umat Islam di Malaysia diseru untuk meletakkan tanda aras prestasi cemerlang dalam apa yang mereka kerjakan sebagai satu tekad dan keazaman diri.

Beliau berkata, manusia yang cemerlang sebenarnya berjiwa kental dan besar.

"Sebagai pemimpin kita perlu meletakkan indeks kemantapan akidah, akhlak, ekonomi, sosial dan pembangunan negara selari dengan pemerkasaan rohani modal insan supaya kegemilangan Islam sewaktu ketika dulu dapat diulangi," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment