My Add

Sunday 6 January 2013

Nelayan perlu isytihar hasil tangkapan elak ketirisan minyak subsidi

KUANTAN, AHAD, 06 Januari, 2013: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yakin mampu menangani masalah ketirisan minyak diesel bersubsidi dalam kalangan nelayan dengan cara mewajibkan mereka mencatatkan hasil tangkapan setiap kali turun ke laut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata, berkuat kuasa tahun ini, semua nelayan perlu mengisytiharkan jumlah tangkapan di dalam buku log yang disediakan di setiap jeti pendaratan ikan.

"Mekanisme ini dilihat dapat menyekat nelayan daripada menjual minyak diesel bersubsidi kepada pihak ketiga semasa berada di laut,’’ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan untuk tiga nelayan yang nyaris maut selepas terapung di lautan selama 24 jam Isnin lalu di rumah mereka di Kempadang Perdana di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment