My Add

Saturday 12 January 2013

Pegawai Integriti Bertauliah wajar diwujud dalam setiap jabatan

PUTRAJAYA, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Setiap ketua jabatan wajar mewujudkan unit integriti, diketuai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang pakar dalam bidang pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa berkata, kepakaran yang dimiliki CeIO amat diperlukan untuk menjaga kepentingan sesebuah organisasi, masyarakat dan negara selain mewujudkan perkhidmatan terbaik dalam sektor awam.

''CeIO bertanggungjawab dalam pembangunan integriti organisasi di samping bertindak sebagai pemangkin kepada pewujudan budaya kerja berintegriti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian sijil pengiktirafan CeIO Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment