My Add

Wednesday 2 January 2013

Pekerja bantuan Pakistan terbunuh diserang hendap

PESHAWAR, RABU,  02 Januari, 2013: Lelaki bersenjata di Pakistan menembak mati enam pekerja bantuan wanita serta seorang doktor lelaki dalam satu serang hendap ke atas kenderaan yang mereka naiki di barat laut Islamabad, semalam.

Pegawai polis daerah Swabi, Abdur Rashid Khan berkata, pemandu kenderaan itu bagaimanapun cedera parah.

Katanya, kenderaan mangsa dihujani dengan bedilan peluru setelah mereka dalam perjalanan pulang dari sebuah pusat komuniti kanak-kanak yang dikendalikan pertubuhan kebajikan Ujala.

Bagaimanapun motif serangan di daerah Swabi kira-kira 75 kilometer barat laut Pakistan itu masih tidak dapat dikenalpasti. - REUTERS

No comments:

Post a Comment