My Add

Monday 14 January 2013

Pelaksanaan program B10 akan kurangkan stok tinggi minyak sawit

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Kerajaan yakin pelaksanaan program pengadunan 10 peratus biodiesel sawit (program B10) bagi sektor bukan subsidi akan mengurangkan stok tinggi minyak sawit sekarang.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berkata pelaksanaan program B10 di seluruh negara akan membantu mengurangkan lagi stok minyak sawit mentah dari pasaran.

"Kami menjangka pelaksanaan penuh program B10 pada akhir tahun ini akan mengurangkan stok minyak sawit ke paras yang lebih selesa di bawah dua juta tan metrik," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Kajian Semula dan Prospek Minyak Sawit 2013, di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment