My Add

Wednesday 23 January 2013

Peraturan baharu jadual penerbangan EU dibantah

FRANKFURT, RABU, 23 Januari, 2013: Kesatuan pekerja yang mewakili juruterbang dan krew kabin syarikat penerbangan Eropah semalam mengadakan bantahan terhadap rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk menguatkuasakan peraturan baharu jadual penerbangan, yang didakwa akan membebankan staf dan menjejaskan keselamatan penerbangan.

Presiden Kesatuan Eurocockpit, Nico Voorbach berkata, pihaknya membantah usul yang dibentangkan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) itu yang akan berkuat kuasa pada tahun ini sekiranya diluluskan.

“Krew pesawat terpaksa bekerja selama 20 jam hingga 22 jam sehari dan mereka akan dikerah bertugas pada penerbangan malam selama 12 jam.

“Sedangkan saintis sebelum ini memberi amaran penggunaan tenaga melebihi 10 jam pada waktu malam boleh mendatangkan risiko keselamatan yang tinggi," katanya.

Tunjuk perasaan tersebut diadakan di 20 lapangan terbang seluruh Eropah, namun tiada kelewatan jadual penerbangan dilaporkan. - DPA

No comments:

Post a Comment