My Add

Wednesday 16 January 2013

SPR lantik pemerhati asing kalangan negeri ASEAN untuk PRU-13

KUALA TERENGGANU, RABU, 16 Januari, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik pemerhati dari kalangan beberapa negara anggota Asean untuk membantu memantau proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata melalui satu panel pemilih yang ditubuhkan atas nasihat Wisma Putra, SPR dijangka melantik pemerhati dari Indonesia, Filipina, Myanmar dan Thailand selain beberapa pemerhati daripada Sekretariat Asean.
"Setakat ini belum muktamad, ada beberapa negara tidak dijemput seperti Brunei, Singapura, Kemboja dan Laos. Wisma Putra yang kendalikan," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat PRU-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus SPR zon timur di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment