Thailand, Kemboja setuju percepat proses bersihkan periuk api
BANGKOK, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Thailand dan Kemboja bersetuju untuk mempercepatkan proses pembersihan periuk api yang ditanam di sepanjang sempadan kedua-dua negara bagi memastikan keselamatan orang awam yang menggunakan laluan terbabit.
Agensi berita Thai News melaporkan yang memetik kenyataan Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata, isu tersebut merupakan sebahagian perbincangan beliau dengan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra di Bangkok, kelmarin.
Namun Chan-ocha menjelaskan, proses pembersihan periuk api berkenaan akan mengambil masa yang lama. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment