59 pusat khidmat ADUN di Perak diberi elaun bulanan
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
IPOH, ISNIN, 25 NovEMBER, 2013: Buat pertama kalinya, kerajaan negeri akan memperluaskan bantuan bulanan sebanyak RM3,000 sebulan kepada kesemua 59 pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kawasan pembangkang yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.12 juta mulai 2014.
Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, sifat keterbukaan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) untuk memulakan setapak lagi langkah ke arah transformasi dan kematangan berpolitik.
"Kerajaan negeri juga mencadangkan kenaikan elaun saraan ADUN daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan yang dicadangkan berkuatkuasa 1 Januari 2014.
"Oleh kerana ini memerlukan kelulusan pindaan terhadap Enakmen Anggota Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) 1980, maka cadangan ini akan dibawa ke sidang dewan yang akan datang," katanya semasa membentangkan Bajet 2014 Perak di sidang DUN Perak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment