My Add

Wednesday, 27 November 2013

Anwar perlu umum pendirian

Oleh TERMIZI CHE ANUAR

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 November, 2013: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta mengumumkan pendirian berhubung tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah ditolak rakan sekutunya, Pas.

Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yoong juga mencadangkan agar nama Comango ditukar kepada Comangay sesuai dengan tuntutan yang mahu kerajaan mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini.

Berikut kenyataan penuh Lum Yoong:

l Apa pendirian Anwar dan PKR mengenai Pas yang secara umum menolak tuntutan Comango.

l Memandangkan jenis dan ciri-ciri tuntutan yang dibuat oleh Comango, maka, kita fikir amat wajar jika nama mereka ditukar sebagai Comangay. Nama Comangay amat sesuai sebab teras utama perjuangan mereka adalah untuk kerajaan memberi pengiktirafan kepada kegiatan seks bebas dan LGBT termasuk menghalalkan perkahwinan sesama golongan gay. Kita juga tahu bahawa mereka mahukan ramai pemimpin gay dan anak ikan untuk menduduki Parlimen Malaysia.

l Kita kini meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tampil ke hadapan dan memberi penjelasan sama ada beliau setuju dan sokong semua usaha Comango dan nama ditukar menjadi Comangay.

l Kita juga mahu bertanya Rafizi mengapa Karpal Singh membuat dakwaan pada 1997 bahawa beliau ada bukti-bukti yang kukuh Anwar terlibat dalam kegiatan liwat. Tetapi sehingga hari ini Karpal masih enggan tarik balik kenyataannya walaupun dipujuk rayu oleh ramai penyokong Anwar sendiri. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment