My Add

Wednesday, 27 November 2013

Lantikan IAACA: PM ucap tahniah kepada Abu Kassim
KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 November, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA).

Menurut Perdana Menteri, pelantikan itu merupakan pengiktirafan besar masyarakat antarabangsa terhadap usaha-usaha memerangi jenayah rasuah di negara ini.

"Tahniah Tan Sri Abu Kassim atas pelantikan sebagai Naib Presiden IAACA. Satu pengiktirafan besar oleh masyarakat global terhadap usaha anti rasuah Malaysia," katanya menerusi laman sosial Twitter hari ini.

Abu Kassim, 53, dilantik sebagai Naib Presiden IAACA dalam persidangan tahunan ketujuh persatuan itu di Panama City, Panama yang berlangsung dari 22 hingga 24 November lalu.

Sebelum ini, beliau dilantik sebagai Ahli Eksekutif IAACA pada 2010.

IAACA ditubuhkan dalam mesyuarat khas di Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna pada 19 hingga 20 April 2006 yang mana Malaysia adalah antara negara yang menjadi anggota pengasas persatuan itu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment