![]() |
* SEBAHAGIAN anggota muslimat mendengar para pemimpin Pas menggulung perbahasan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam. |
Beliau memberitahu Muktamar Pas Ke-59 di sini bahawa itulah yang seharusnya menjadi agenda perjuangan parti dan perlu dibincang oleh seluruh saf kepimpinan untuk direalisasikan.
"Saya nak tengok Ustaz Hadi jadi Perdana Menteri sebelum dia mati, walaupun cuma satu hari.
"Kata-kata (perwakilan) konon Pas akan tinggalkan agenda untuk tawan Putrajaya sepatutnya tidak patut diucapkan. Kita sepatutnya susun strategi untuk memastikan kemenangan diperolehi," katanya pada sesi penggulungan muktamar itu di sini.
Kata-kata Husam mendapat tepukan gemuruh perwakilan sekali gus menjadi isyarat bahawa Pas tidak mahu Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seperti cakap-cakap sebelum ini.
Husam berkata, dengan menjayakan agenda itu, semua anggota Pas pastinya senada dan tidak akan berselisih faham dalam memilih perdana menteri. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment