Pemuda Pas mahu subjek agama Islam wajib lulus UPSR
Oleh KAMIL MASLIH
SHAH ALAM, SABTU, 23 November, 2013: Dewan Pemuda Pas mendesak kerajaan menjadikan subjek agama Islam wajib lulus dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Wakil Dewan Pemuda Pas, Khairil Nizam Khiruddin berkata, pengukuhan terhadap pendidikan agama Islam perlu dilakukan bermula dari pra sekolah sehinggalah ke peringkat universiti.
"Perkara ini perlu dilakukan kerana bila dikatakan Malaysia maju, ia tidak menjamin rakyat faham mengenai agama Islam untuk keselamatan dunia dan akhirat," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati di sini semalam. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment