My Add

Tuesday, 26 November 2013

Sekolah berhampiran kawasan perhimpunan ditutup

BANGKOK, ISNIN, 25 November, 2013: Sebanyak 32 buah sekolah di bawah seliaan Pentadbiran Bandar Raya Bangkok (BMA) yang terletak berdekatan dengan perhimpunan kumpulan antikerajaan di Ratchadamnoen Avenue akan ditutup selama dua hari bermula hari ini sehingga Selasa.

Manakala lapan lagi sekolah yang dikelola oleh Kementerian Pendidikan hanya ditutup pada hari ini sahaja.

Sekolah terbabit terletak di daerah yang sudah dikuatkuasakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu daerah Phra Nakhon, Dusit dan Pomprap Sattruphai.

"Penutupan sekolah selama dua hari penting bagi memastikan keselamatan pelajar terpelihara," kata Setiausaha BMA, Ninnart Chalitanon. - Agensi/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment