My Add

Sunday, 24 November 2013

Tidak kisah menang majoriti tipis

 
SHAH ALAM, SABTU, 23 November, 2013: Mohamad Sabu (gambar) yang berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas bagi penggal kedua berazam akan terus menggerakkan usaha mengukuhkan pakatan pembangkang bersama kepemimpinan baharu yang memenangi pemilihan parti kali ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak mengadakan sebarang majlis meraikan kemenangan itu kerana pertandingan dalam pemilihan tersebut dilakukan dalam satu jamaah.

"Tugas bersama Presiden parti akan diteruskan bersama dengan rakan-rakan lain yang turut menang dalam pemilihan kali ini," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pemilihan parti itu di Muktamar Tahunan Pas Ke-59 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Dalam keputusan pemilihan yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi, jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh Mohamad yang memperoleh sebanyak 588 undi mengalahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd. Amar Abdullah (490 undi).

Mohamad berkata, pihaknya akan meneruskan usaha mengukuhkan pakatan pembangkang berdasarkan usul-usul yang diluluskan dalam muktamar tersebut.

Ditanya mengenai kemenangannya dengan majoriti tipis iaitu sebanyak 98 undi, Mohamad berkata," tidak mengapa, satu undi, dua ke...kira menanglah tu." - UTUSAN

No comments:

Post a Comment