My Add

Thursday 26 July 2012

100 rakyat Thailand dihukum penjara di Myanmar

YANGON, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Kira-kira seratus rakyat Thailand yang menceroboh sempadan Myanmar dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah di sini semalam.

Mereka yang terdiri daripada 10 wanita dan 82 lelaki itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa Myanmar awal bulan ini.

"Mereka masih lagi disoalsiasat di mahkamah berhubung kes berkaitan penyalahgunaan dadah dan senjata api," kata seorang jurucakap kerajaan. - AFP

No comments:

Post a Comment