My Add

Monday 30 July 2012

Polis tahan wanita berhubung kes baling bahan letupan

NIBONG TEBAL, ISNIN, 30 Julai, 2012: Polis percaya berjaya menyelesaikan kes sebuah rumah di Taman Tang Ling, Simpang Ampat dekat sini dibaling dengan bahan letupan sehingga menyebabkan seekor anak anjing terbunuh selepas menahan seorang wanita Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat, berkata wanita berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira 10 pagi di rumahnya di Simpang Ampat. 

"Kejadian membaling letupan itu berlaku pada 3.30 pagi ketika mangsa seorang wanita berusia 46 tahun sedang tidur...kejadian itu menyebabkan anak anjing mangsa yang berada di luar rumah mati," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Katanya, siasatan forensik mendapati bahan letupan itu diperbuat daripada gumpalan mercun bola yang banyak sehingga menghasilkan percikan api dan bunyi sangat kuat. 

Shafien berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kegagalan membayar hutang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment