My Add

Monday 30 July 2012

Polis tahan 11 pelacur

*SEBAHAGIAN pelacur warga asing dan seorang lelaki warga tempatan ditahan dalam operasi oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, IPD Serdang di beberapa premis di Seri Kembangan, semalam.


Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR, AHAD, 29 Julai, 2012: Walaupun sudah enam kali diserbu kerana menjalankan kegiatan pelacuran sejak awal tahun ini, sebuah pub di Serdang Perdana 5 di sini tidak serik-serik meneruskan kegiatan maksiat.

Dalam serbuan yang dijalankan anggota serta pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang malam tadi, seramai 11 pelacur dan seorang penjaga premis ditahan di tiga pub termasuk premis tersebut.

Pegawai Risikan dan Operasinya, Inspektor Roslin Mohd. Isa berkata, mereka yang ditahan ialah 10 wanita warga Vietnam dan seorang warga Indonesia berusia antara 20 hingga 30 tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment