My Add

Monday 30 July 2012

Positif ramuan hidup penerima buah pinggang

*S. K. Ragavan dan Sharmila Dewi Manogaran tersenyum riang dengan kejayaan pembedahan pemindahan buah pinggang melibatkan penderma dan penerima daripada jenis darah berbeza ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 29 Julai, 2012: Mengamalkan sikap positif semasa menghadapi derita sakit buah pinggang menjadi kekuatan kepada S. K. Raghavan, 41, untuk bertahan dengan dugaan yang dihadapinya.

Malah katanya, ketika isterinya, Sharmila Devi Manogaran, 32, hampir berputus asa dan hilang harapan untuk melihatnya kembali sembuh, dia turut meyakinkan isterinya itu untuk sentiasa bersikap positif.

Ternyata, pegangan hidupnya itu tidak sia-sia apabila Raghavan kini boleh dikatakan hampir sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu apabila berjaya menjalani rawatan pemindahan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment