My Add

Monday, 30 July 2012

Pemandu teksi dipenjara seludup kanak-kanak

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, ISNIN, 30 Julai, 2012: Seorang pemandu teksi warganegara Singapura kekal menjalani hukuman penjara empat tahun atas kesalahan menyeludup seorang kanak-kanak lelaki rakyat China berusia 11 tahun selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhirnya hari ini.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk K.N. Segara dan Datuk Azhar Ma'ah menolak rayuan Ng Gim Teck selepas berpuas hati bahawa kesalahan yang dilakukannya adalah serius.

Rakyat asing itu disabitkan menyeludup kanak-kanak lelaki tersebut menggunakan pasport Singapura pada pukul 7 petang, 1 September tahun lalu di Kaunter Imigresen, Balai Berlepas, Tingkat 4, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini.

Mahkamah diberitahu, lelaki itu transit ke negara ini ketika dalam perjalanan untuk menghantar kanak-kanak tersebut ke Jerman. Namun tiada rekod yang menyatakan budak lelaki itu diseludup untuk tujuan seksual.

Dia tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan mewakili pihak pendakwaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment