My Add

Monday 30 July 2012

Operasi cari krew Bunga Alpinia diteruskan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 Julai, 2012: Operasi mencari mangsa kelima krew kapal Bunga Alpinia yang masih hilang diteruskan.

Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) dalam satu kenyataan malam tadi berkata, kebakaran di atas kapal berkenaan yang berlaku pada pagi Khamis lepas di Labuan, telah dipadamkan.

"Pemantauan di kawasan yang terbakar di atas kapal berkenaan dan penyejukan kawasan persekitaran masih diteruskan.

"Pemerhatian awal mendapati terdapat sedikit tumpahan minyak dari Bunga Alpinia yang kini dikawal dengan menggunakan peralatan anti pencemaran tumpahan minyak,” kata MISC.

Pihak berkuasa dan pakar-pakar industri yang dilantik MISC telah meningkatkan usaha membendung tumpahan minyak bagi memastikan perlindungan berterusan terhadap alam sekitar dan masyarakat sekeliling.

MISC berkata, peralatan tambahan juga disediakan bagi membendung tumpahan minyak bagi mengawal sebarang kebocoran sekiranya ada. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment