Oleh ANI AWANG
BUTTERWORTH, AHAD, 29 Julai, 2012: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun adalah antara 186 yang ditahan dalam Ops Khas Ketua Trafik Persekutuan di hentian rehat dan rawat (R&R) Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth arah utara di Bagan Ajam dekat sini malam semalam.
Remaja itu ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dalam operasi yang bermula pukul 11 malam hingga 1 pagi tersebut.
Pegawai Penguat Kuasa Trafik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majid berkata, remaja terbabit dibawa ke balai polis trafik bersama motosikal untuk siasatan.
"Kita akan menyiasat pemilik motosikal itu dan jika didapati pemiliknya adalah warisnya, mereka boleh dikenakan kompaun kerana membenarkan penunggang bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen," katanya selepas mengetuai operasi itu semalam. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment