My Add

Monday 30 July 2012

Siasatan ke atas Suaram hampir siap

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, AHAD, 29 Julai, 2012: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membentangkan laporan siasatan terhadap Suara Inisiatif Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebaik sahaja ia disiapkan dalam masa terdekat.

Ketua Perhubungan Awam SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang diserahkan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lalu.

''Kita memerlukan masa untuk menyemak dan meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Akta Syarikat 1965 itu.

''Perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap Suara Inisiatif akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendesak SSM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat dan menjelaskan status sebenar Suaram. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment