My Add

Monday, 30 July 2012

Budak perempuan dilarikan daripada penjaga sah

*DIVINA Bangi Indong, seorang warga Filipina bersama teman lelakinya, Colin Leslie Gibbons yang dipercayai melarikan Teo Mie Qi Princes.

JOHOR BAHRU, AHAD, 29 Julai, 2012: Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan dua suspek yang dipercayai melarikan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari penjaga yang sah sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, laporan kehilangan Teo Mie Qi Princes dibuat oleh bapa angkatnya, Teo Lee Pin, 46, yang bekerja sebagai pemandu lori.

Menurutnya, penjaga kanak-kanak itu percaya Mie Qi dilarikan oleh ibu kandungnya iaitu Divina Bangi Indong, seorang rakyat Filipina bersama teman lelakinya, Colin Leslie Gibbons.

"Pengadu (Lee Pin) berkahwin dengan seorang wanita Filipina pada 1996 dan tidak mempunyai anak. Dia dan isteri kemudian mengambil anak adik iparnya sebagai anak angkat pada 2007. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment