My Add
Monday, 30 July 2012
Jangan biar pengguna Facebook fitnah polis'
KUCHING, AHAD, 29 Julai, 2012: Persatuan Media Sosial Sarawak menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap seorang pengguna Facebook, 'Lawrence Jayaraj' yang dikatakan memfitnah polis menyeludup dadah menerusi komennya di laman sosial itu Selasa lalu.
Presidennya, Wan Abdullah Edruce berkata, lelaki tersebut selama ini telah berkali-kali menulis komen berunsur fitnah serta menghasut pengguna lain di Facebook supaya membenci kerajaan negeri dan pihak berkuasa.
"Komennya pada petang Selasa lalu yang menuduh polis menyeludup dadah amat melampau. Jadi kita mengambil keputusan membuat laporan polis pada hari yang sama.
"Jika dibiarkan, kita bimbang dia akan terus memburuk-burukkan imej polis dan pihak berkuasa sehingga ada yang terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment