My Add

Monday 30 July 2012

Anak pisang tumbuh dalam buah kelapa

*CHE Mohd. Nor Abd. Rahman (kiri) bersama jirannya melihat anak pisang yang tumbuh dalam kelapa di Kampung Lubuk Pak Samad, Bukit Payung, Pokok Sena, kelmarin.

POKOK SENA, AHAD, 29 Julai, 2012: Seorang penoreh getah terkejut apabila mendapati anak pokok pisang tumbuh di dalam buah kelapa yang ditemui berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Pak Samad, Bukit Payung di sini.

Che Mohd. Nor Abd. Rahman, 58 berkata, buah kelapa itu ditemuinya akhir bulan lalu ketika menebas semak di tepi parit untuk membuat pagar berhampiran rumah.

Ujarnya, pada mulanya, dia mahu mencantas tanaman itu, namun tidak jadi kerana ternampak anak pisang yang tumbuh dalam buah kelapa.

"Saya kemudian mengorek tanaman ini dan dipindahkan ke dalam besen bagi melihat perkembangan tumbesarannya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment