My Add

Monday, 30 July 2012

Bantah kerajaan Pulau Pinang bina rumah mayat sebelah kuil

*PENGANUT Hindu dan pengurusan Kuil Hare Krsna membuat bantahan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang meluluskan pembinaan rumah pengurusan mayat bersebelahan kuil berkenaan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM, AHAD, 29 Julai, 2012: Kira-kira 100 penganut agama Hindu di sini mengadakan perhimpunan bagi membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan pembinaan rumah pengurusan mayat kaum Cina bersebelahan Kuil Hare Krsna di Seberang Jaya di sini hari ini.

Menurut mereka, tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak sensitif terhadap masyarakat India.

Setiausaha Pertubuhan Gegaran Azam, Pulau Pinang, L. Loganathan berkata, pembinaan rumah pengurusan mayat bersebelahan dengan kuil tersebut telah diluluskan kerajaan negeri pada 11 Julai lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment