My Add

Monday 30 July 2012

Pelbagai mercun bernilai RM180,000 dirampas

RANTAU PANJANG, ISNIN, 30 Julai, 2012: Pelbagai jenis mercun bernilai hampir RM180,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini berjaya dirampas Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan.

Kejayaan itu hasil penahanan dua buah kenderaan pacuan empat roda yang sarat dengan bahan larangan itu di Kampung Pasung Hantu, di sini awal pagi semalam.

Komander UPP Kelantan, Rusli Karim berkata, sepasukan 15 anggotanya yang membuat intipan, telah mengesan dua buah kenderaan pacuan empat roda terbabit keluar dari salah sebuah pengkalan haram.

Beliau berkata, selepas beberapa ketika mengekori, kira-kira pukul 5.15 pagi sebaik tiba di Kampung Pasung Hantu, pihaknya cuba menghalang kedua-dua kenderaan terbabit yang dipandu penyeludup.

"Bagaimanapun mereka cuba melarikan diri sebelum kenderaan mereka terbabas dan pemandu kedua-dua buah kenderaan berkenaan dipercayai warga tempatan sempat melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan, kita telah menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api diisi dalam kedua-dua kenderaan jenis Mitsubishi Pajero tersebut dipercayai diseludup masuk dari negara jiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment