KOTA KINABALU, ISNIN, 30 Julai, 2012: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin hari ini melahirkan rasa tidak puas hati dengan hasil kerja kontraktor dalam melaksanakan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS).
Sambil meminta para kontraktor memberi komitmen penuh terhadap pelaksanaan projek itu, beliau berkata adalah menjadi kewajipan menyiapkan projek-projek itu mengikut prosedur serta arahan kerja yang ditetapkan sebagaimana amanah yang diberikan kerajaan.
"Saya tidak berpuas hati dengan kedua-dua projek di mana mendapati jalan raya berlubang, air bertakung dan Projek Perumahan Bantuan Rakyat (PBR) juga tidak memuaskan hati kerana pemasangan pintu tidak sempurna dan cermin tingkap tidak dipasang dengan betul.
"Dengan itu, saya meminta kontraktor hendaklah membuatnya dengan sebaik mungkin kerana apa yang kita bantu ini orang-orang yang susah," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment