KUALA LUMPUR, AHAD, 29 Julai, 2012: Pasangan kembar siam, Muaiman dan Muaimin semakin menunjukkan perkembangan memberangsangkan selepas selamat dipisahkan menerusi pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 15 Julai lalu.
Bapa kepada pasangan kembar siam lelaki berusia 15 bulan tersebut, Azli Sabran, 40, berkata, kedua-dua anaknya semakin bertenaga dan ceria selepas pembedahan itu.
"Alhamdulillah, sekarang mereka sudah boleh mengangkat tangan. Ini satu perkembangan yang cukup baik dan menggembirakan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di HKL di sini hari ini.
Menurutnya, keadaan pasangan kembar itu semakin stabil berbanding sebelum ini yang lemah selepas menjalani pembedahan tersebut yang turut mengakibatkan luka besar di bahagian badan.
"Pembedahan kecil akan dilakukan kepada kedua-dua anak saya bagi mengawal sistem kencing dan pembedahan tampal kulit untuk merawat luka besar tersebut. Ia dijangka dijalankan dalam tempoh tiga bulan lagi," tegasnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment