My Add

Monday 30 July 2012

JAIM tahan 30 pengunjung pusat hiburan

*JABATAN Agama Islam Melaka dan anggota polis menyerbu pusat hiburan dalam operasi cegah kesalahan syariah di Melaka, malam semalam.

MELAKA, AHAD, 29 Julai -==, 2012: Seramai 30 pengunjung beragama Islam yang t,idak menghormati kesucian bulan Ramadan ditahan kerana mengambil minuman keras di tiga pusat hiburan sekitar Melaka Raya dan Taman Merdeka di sini malam tadi.

Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan 24 wanita berusia antara 17 hingga 50 tahun dalam operasi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan polis bermula pukul 12.30 tengah malam.

Turut serta dalam operasi itu adalah kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Ketika diserbu, kebanyakan pengunjung sedang leka berhibur malah ada dalam kalangan pelanggan tanpa segan-silu meneguk minuman keras ketika umat Islam lain menyambut Ramadan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment