My Add

Monday, 30 July 2012

Polis sahkan kematian seorang pelajar MTD

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 Julai, 2012: Polis mengklasifikasikan kematian seorang pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di maktab itu hari ini sebagai mati mengejut.

Ketika mengesahkan menerima laporan berhubung kematian seorang pelajar lelaki MTD itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, siasatan awal ke atas mayat pelajar berusia 16 tahun itu tidak menemui sebarang tanda jenayah atau kecederaan fizikal.

"Siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) juga menunjukkan tiada tanda-tanda perlakuan jenayah berlaku yang membawa kepada kematian pelajar tingkatan empat itu.

"Siasatan lanjut masih dibuat dan polis berharap kematian itu tidak dispekulasikan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment