My Add

Monday, 30 July 2012

Olimpik: Malaysia masih ketandusan pingat

LONDON, ISNIN, 30 Julai, 2012: Malaysia meneruskan kempen hari kedua Sukan Olimpik 2012 dengan saingan mengecewakan walaupun Yu Peng Kean melakar kejutan menumpaskan lawan yang lebih tinggi ranking daripadanya dalam acara lawan pedang di sini semalam.

Pasangan penerjun wanita negara yang diharapkan dapat membuat kejutan, bagaimanapun gagal mempamerkan aksi bertenaga untuk menduduki tempat terakhir dalam acara 3m papan anjal berirama wanita.

Meskipun acara lawan pedang tidak diletakkan harapan untuk memberikan pingat emas pertama kepada Malaysia pada temasya itu, Peng Kean membuktikan sukan berkenaan pada suatu hari nanti bakal menyumbangkan pingat kepada negara.

Dalam acara Individu Sabre Lelaki, Peng Kean yang menduduki ranking ke-37 dunia, menumpaskan pesaingnya yang berada di ranking ke-28 dunia, Zeid Mannad dari Mesir 15-2 pada pusingan pertama sebelum dikecewakan atlet nombor lima dunia dari Hungary, Szilagyi Aron dengan 1-15.

Di Pusat Akuatik, Pandelela Rinong anak Pamg dan Cheong Jun Hoong menduduki tempat terakhir dalam kalangan lapan negara yang layak dalam acara 3m papan anjal berirama wanita.

Pasangan Malaysia itu mengutip 283.50 mata, 62.70 mata di belakang pemenang pingat emas dari China, Wu Minxia-He Zi yang mengumpul 346.20 mata.

Di arena Wembley, beregu kelapan dunia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong layak beraksi dalam acara beregu lelaki selepas menumpaskan Tony Gunawan/Howard Bach dari Amerika Syarikat 21-12, 21-14. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment