My Add

Monday 30 July 2012

Pasukan khas kesan kumpulan pecah rumah di P. Pinang

BUKIT MERTAJAM, ISNIN, 30 Julai, 2012: Polis telah mengenal pasti beberapa kumpulan yang aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar negeri ini dan usaha untuk menangkap mereka sedang giat dijalankan, kata Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob.

Beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah bagi mengesan kumpulan terbabit.

"Kegiatan pecah rumah di Pulau Pinang sejak sebulan lepas agak membimbangkan dan statistiknya juga meningkat, jadi pihak polis perlu lakukan sesuatu bagi memastikan aktiviti terbabit dapat dibendung.

"Kita telah berjaya mengenal pasti kumpulan yang terlibat dan pasukan khas juga telah ditubuhkan bagi mengesan mereka," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment