My Add

Monday 30 July 2012

Belanjawan 2013: Perbincangan bidang fokus dimuktamad

KUALA LUMPUR, ISNIN, 30 Julai, 2012: Kerajaan akan memuktamadkan perbincangan terperinci ke atas 18 bidang fokus untuk Belanjawan 2013 pada akhir minggu ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Setakat ini, 15 bidang telahpun dibincangkan, dan tiga lagi akan perincikan pada mesyuarat akan datang yang akan diadakan pada akhir minggu ini, kata beliau.

"Antara bidang-bidang itu ialah perusahaan kecil dan sederhana, teknologi hijau, rumah mampu milik dan pelan transformasi bandar," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan Adamas Franchise Concept Outlet, sebuah syarikat perunding perancang perkahwinan di sini hari ini.

Donald Lim berkata kesemua cadangan yang ditender oleh pertubuhan dan awam bagi pertimbangan dalam belanjawan tahunan sedang diteliti dan keputusannya akan diketahui apabila Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment