My Add

Monday, 30 July 2012

Eksport ikan mungkin disekat

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
SHAH ALAM, AHAD, 29 Julai, 2012: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mungkin akan menyekat eksport ikan tempatan ke luar negara sekiranya bekalan tidak mencukupi menjelang musim perayaan ini.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, buat masa ini kementerian mendapati bekalan ikan tempatan mengalami sedikit kekurangan ekoran faktor cuaca namun ia masih di tahap terkawal.

Menurutnya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah diarahkan untuk mengkaji mekanisme tertentu bagi mengatasi masalah kenaikan harga ikan apabila berlaku kekurangan bekalan.

''Kita juga meminta supaya semua pihak termasuk pengimport dan pengeksport agar tidak mengambil kesempatan dengan kekurangan bekalan ikan dengan menaikkan harga sesuka hati.

''Sekiranya berlaku kekurangan bekalan yang semakin teruk, kerajaan berkemungkinan akan membuat keputusan untuk menyekat eksport bekalan ikan tempatan buat sementara waktu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Pasar Tani Shah Alam di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment