My Add

Monday 2 July 2012

943 pelajar India ikuti program matrikulasi, 557 masih kosong

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Sebanyak 1,539 tempat telah ditawarkan kepada pelajar-pelajar India untuk mengikuti program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran untuk sesi 2012/2013 yang bermula pada 4 Jun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah itu seramai 943 pelajar India telah mendaftarkan diri di kolej-kolej matrikulasi.

Beliau berkata, untuk proses pengambilan pertama sebanyak 1,000 tawaran tempat telah diberikan kepada mereka iaitu pada 25 April lalu manakala untuk pengambilan kedua iaitu pada 7 Jun 2012 sebanyak 539 tawaran telah dikeluarkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment