My Add

Sunday 22 July 2012

Aktiviti menuba ancam ikan patin, talapia dalam sangkar

TEMERLOH, AHAD, 22 Julai, 2012: Penternak ikan patin dan talapia dalam sangkar di Sungai Semantan dan Sungai Pahang di sini menggesa pihak berkuasa supaya bertindak segera mengekang aktiviti menuba yang mengancam ternakan mereka.

Perbuatan itu yang didakwa mereka semakin berleluasa kebelakangan ini, mengancam lebih 500,000 ekor ikan yang diternak dalam 350 sangkar di sungai berkenaan. "Mereka menuba menggunakan racun berjenama 

'Tengkorak' yang bukan saja mengancam ternakan ikan kami tetapi juga berbahaya kepada haiwan ternakan lain dan manusia," kata seorang pengusaha, Mohd Lazim Salleh kepadapemberita, di sini, hari ini. 

Katanya, racun itu mampu membunuh hidupan sungai dalam masa lima hingga 10 minit selepas dituang ke dalam air.

"Kegiatan menuba menggunakan racun jenis itu sering digunakan mereka tidak bertanggungjawab bagi menangkap ikan pada musim kemarau iaitu bulan Jun hingga Ogos," katanya.

Beliau mendakwa mereka yang terbabit dalam kegiatan itu akan menuang tuba pada waktu tengah malam atau dinihari sebelum mengutip hasilnya tidak lama kemudian.

Mohd Lazim, 45, turut mendakwa kira-kira 45,000 ekor ikan patin dalam sangkar yang diternak di sungai terbabit ditemui mati minggu lalu, dipercayai akibat dituba, membabitkan kerugian RM100,000. 

Seorang lagi pengusaha ikan sangkar, Yunus Aziz, 34, berkata beliau kerugian RM20,000 empat bulan lalu apabila ikan ternakannya di Sungai Semantan mati.

Kami harap Jabatan Perikanan dan pihak berkuasa lain dapat bertindak segera kerana perbuatan menuba ini bukan sahaja mengancam ternakan kami tetapi juga boleh menghapuskan baka ikan sungai yang ada, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment