My Add

Tuesday 10 July 2012

ASEAN-SCC pilih satu projek kebudayaan untuk dilaksana

KUALA LUMPUR, SELASA, 10 Julai, 2012: Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kebudayaan ASEAN (Asean-SCC) kali ke-13 akan memilih satu projek kebudayaan hasil cadangan negara anggota untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Beliau berkata projek kebudayaan yang akan dipilih itu, dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan pada mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan dan Kesenian Asean (AMCA) di Singapura, Mei lalu.

"Antara kriteria ditetapkan AMCA ialah projek kebudayaan yang bakal dilaksanakan memberi fokus kepada golongan muda, dan perlu pastikan projek itu memberi kebaikan kepada penduduk ASEAN," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment