My Add

Tuesday 3 July 2012

Bantahan awal dibuat terhadap permohonan batal pertuduhan

*ANWAR bersama Badrul Hisham Shaharin (kiri) hadir bersama di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR, ISNIN, 2 Julai, 2012: Pendakwaan yang mengendalikan kes Ketua Pembangkang dan dua lagi berhubung perhimpunan Bersih 3.0 hari ini memaklumkan Mahkamah Sesyen di sini, pihaknya telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan untuk membatalkan pertuduhan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad memberitahu Hakim Mahmud Abdullah, notis bantahan itu difailkan Jumaat lalu.

Alasan pihak pendakwaan, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu agar pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya berkaitan dengan perhimpunan haram tersebut dibatalkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment