My Add

Monday 16 July 2012

Bukti peneroka berpuas hati dengan Felda

BERA, AHAD, 15 Julai, 2012: Himpunan Oren yang tidak mendapat sambutan membuktikan warga Felda berpuas hati dengan usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau difahamkan rata-rata yang hadir pada perhimpunan semalam bukan golongan peneroka dan generasi kedua Felda.

"Jadi ini menunjukkan bahawa peneroka berpuas hati dengan penyenaraian tersebut kerana mereka telah mendapat manfaat seperti durian runtuh dan pegangan saham.

"Felda-felda dalam Parlimen Bera pun sama, mereka tidak membantah. Malah berterima kasih kepada kerajaan kerana beri saham dalam FGV," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment