My Add

Thursday 12 July 2012

Dakwat kekal dicalit di jari telunjuk kiri pengundi

*SEORANG kakitangan SPR melakukan calitan dakwat kekal ke jari telunjuk Abdul Aziz Yusof ketika melakukan demonstrasi susun atur tempat mengundi di bilik gerakan SPR di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, RABU, 11 Julai, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih menggunakan jari telunjuk kiri pengundi untuk dicalitkan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, proses tersebut akan dilakukan selepas pengundi diperiksa kad pengenalannya oleh kerani pertama yang bertugas di mana-mana pusat mengundi.

Katanya, ia selaras dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya serta kebenaran Majlis Fatwa Kebangsaan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia.

"Selepas dipanggil nama pengundi oleh kerani pertama, pengundi akan ke kerani kedua untuk dicalitkan dakwat kekal di jari telunjuk kiri. Kalau tidak ada, boleh guna mana-mana jari tangan kiri tetapi jika tiada juga boleh guna jari telunjuk kanan," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment