My Add

Friday 13 July 2012

Ejen hartanah hilang ditemui mati

PETALING JAYA, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Mayat seorang lelaki Cina ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam semak berhampiran sebuah sungai di Ara Damansara petang semalam dipercayai ejen hartanah Tang Yong Ching, 45, yang dilaporkan hilang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata mayat tersebut yang mempunyai beberapa kesan cedera di bahagian badan ditemui polis atas maklumat tangkapan dua orang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan Tang sejak Khamis lepas.

Polis percaya mangsa telah dibunuh berikutan kesan kecederaan di badan mangsa, walau bagaimanapun punca kematian masih belum diketahui, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini malam tadi.

Arjunaidi berkata polis menahan dua suspek yang dipercayai warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan Tang.

"Tangkapan pertama dibuat pada Sabtu lepas ke atas suspek berusia 25 tahun yang cuba menggunakan kad debit milik mangsa. Suspek telah masuk ke negara ini sebagai pelajar tetapi bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan Damansara,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment