My Add

Thursday 5 July 2012

Empat lelaki serang, rampas bas

IPOH, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Empat lelaki bersenjatakan batu menyerang sebelum merampas sebuah bas henti-henti yang dinaiki lima pelajar berhampiran sebuah stesen bas di Jalan Lim Bo Seng, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.50 pagi apabila empat lelaki terbabit melempar batu ke arah bas berkenaan sehingga memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan lalu membuka pintu di satu persimpangan lampu isyarat.

Kesemua suspek kemudiannya memasuki bas lalu menyerang pemandu berusia lingkungan 50-an yang terpaksa melarikan diri.

Cubaan suspek merampas bas tersebut bagaimanapun gagal apabila mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan kira-kira 500 meter dari tempat kejadian sebelum melarikan diri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment