My Add

Sunday 15 July 2012

Peruntukan besar untuk lahir modal insan kelas pertama

KOTA KINABALU, AHAD, 15 Julai, 2012: Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyediakan peruntukan besar untuk melahirkan modal insan kelas pertama di negara ini, kata Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. 

Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan pinjaman dan kemudahan bagi membantu golongan belia dalam bidang keusahawanan.Oleh itu, golongan belia dapat merebut peluang yang terbuka untuk mereka, dan sekali gus membantu memacu bidang perniagaan di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pemimpin Belia Menjana Transformasi Ekonomi Baru di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan, Sabah Mohd Dahali Matsin dan presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Kevin Lim. 

Tawfiq berkata, golongan belia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran alam semua aspek bagi membolehkan mereka bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar. 

"Bagi mereka yang ingin menceburi dunia perniagaan, adalah lebih baik mulakan perniagaan dalam skala yang kecil terlebih dahulu dan kemudiannya meluaskan skop perniagaan ke skala yang lebih besar," katanya. 

Persidangan tiga hari itu disertai 152 peserta seluruh Sabah termasuk 16 dari Wilayah Persekutuan Labuan dan 10 dari Sarawak yang terdiri daripada pemimpin belia, usahawan belia dan wakil daripada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment